07
Jan
10

Kenyataan Rasmi/Akhbar ISMA Tentang Isu Penggunaan Kalimah “Allah”

Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merasa kesal dan memandang berat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah “ALLAH” di dalam terbitan mereka. Keputusan ini dilihat akan memberikan implikasi yang besar kepada perkembangan pengaruh agama kristian di kalangan umat Islam terutama generasi muda negara ini.

Keputusan mahkamah itu juga bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menghalang penyebaran agama Islam di kalangan orang Islam. ISMA melihat keputusan mahkamah ini akan memberi laluan yang lebih luas ke arah kedudukan samarata agama, sedangkan perlembagaan telah menetapkan Islam adalah agama rasmi negara (agama persekutuan) .

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang ke 82 pada bulan Mei 2008 yang lepas telah membuat keputusan bahawa kalimah “ALLAH” ini khusus bagi agama dan umat Islam. Allah pada sisi agama Islam adalah tunggal dan esa sifat-Nya. Keputusan majlis muzakarah tersebut membayangkan kepada seluruh masyarakat Malaysia bahawa isu ini sangat sensitif kepada rakyat yang beragama Islam. Namun ada pihak yang memandang ringan dan mahu mencabar keputusan majlis tersebut dengan bertindak membawanya ke mahkamah.

ISMA menyokong pihak JAKIM dan KDN yang akan membuat rayuan dan berpendapat bahawa langkah itu menepati kehendak “Siasah Syariyyah”. Walaupun larangan menggunakan nama Allah itu tidak terdapat dalam kitab fikah terdahulu, pihak berwajib boleh berijtihad atas dasar “Masolih Mursalah” dan menepati tuntutan tujuan syarak (Maqasid Syarak) iaitu menjaga agama (Hifzu ad-Din).

Sehubungan dengan itu, ISMA menyeru agar:

1) Parti-parti politik yang mewakili suara umat Islam supaya mengetepikan kepentingan politik masing-masing dengan memberikan sokongan padu di belakang Jabatan Perdana Menteri yang akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Sesungguhnya perbezaan fahaman politik di kalangan umat Islam di negara ini seharusnya ada batas sempadan, dan isu ini menuntut bukti kesetiaan pada agama dan bangsa daripada semua pihak tanpa terkecuali. Masa depan agama Islam tidak seharusnya dikompromikan demi menjaga hati dan sokongan pihak-pihak tertentu.

2) Para ulamak dan agamawan agar dapat menghentikan perbalahan pendapat dalam soal cabang dan seterusnya tampil memperhebatkan kempen penerangan kepada masyarakat akan hakikat perbezaan antara Allah yang Maha Esa dan konsep “Trinity” di sisi agama kristian. Penggunaan kalimah Allah dalam media agama Kristian sudah tentu akan melahirkan ancaman kekeliruan di kalangan umat Islam yang cetek ilmu agamanya.

3) Seluruh anak watan Melayu agar bangkit segera dari lena yang panjang dan menyedari betapa status quo dan keistimewaan agama Islam di negara ini sudah mula dicabar sedikit demi sedikit. Fenomena ini hanya dapat disekat jika mereka membuang sifat toleransi melampau dan terlalu berlembut dalam hal-hal yang mengancam identiti mereka sendiri, serta membina kembali jati diri selaku umat yang pernah menerajui tamadun Islam serantau.

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

www.ismaweb. net
Bandar Baru Bangi

3 Januari 2010

27
Dis
09

Mengenal Diri dan pelembut Hati siri 3

Siri ceramah ke 3 ini dibahagikan kepada 7 dan boleh dilayari di blog ini:

http://www.youtube.com/user/mrmatsalleh#grid/user/8F0A5948B361C025

Video dibawah merupakan bahagian pertama

03
Nov
09

ingin belajar/melawat australia/new zealand

posterpsm utk mereka yang akan belajar/menetap/melawat Australia/New Zealand

07
Okt
09

ISMA bersama NGO lain menyatakan pendirian berkenaan isu Kartika

KENYATAAN MEDIA BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) ISLAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR JANGAN BIADAB! HORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KUANTAN

PERNYATAAN PENDIRIAN

Kami NGO Islam di Negeri Pahang membantah sekeras-kerasnya kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Joint Action Group (JAG) For Gender Equality dan Sisters In Islam (SIS) yang meminta untuk membatalkan hukuman sebatan syarie terhadap Puan Kartika Dewi binti Shukarno. Kami juga menyokong sepenuhnya hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan di Negeri Pahang. Kami menyokong sepenuhnya sikap dan pendirian Puan Kartika Dewi binti Shukarno dan keluarganya berhubung dengan kerelaannya menerima hukuman yang bakal dilaksanakan.

PREMIS

04
Okt
09

HARI KELUARGA ISMA/PEMBINA 2009

Prof Dr Azmi dan crewnya sibuk menyiapkan mee goreng

Hari Keluarga ISMA/Pembina 2009 telah diadakan di Taman Pertanian, Kuantan pada 11 Oktober 2009 yang dihadiri lingkungan 200 peserta. Acara dimulakan dengan ucaptama oleh YDP Uz Rushdan. Beliau berharap agar aktiviti sebegini dapat  meningkatkan ukhwah/silaturahim di samping tazkirah beliau agar semua peserta  dapat  mengambil ikhtibar dan meneruskan amal ibadah yang telah dilaksanakan semasa dan sepanjang bulan ramadhan seperti solat witir dan tahajud, menunaikan puasa dan bersedekah. Ucapan selamat menyambut hari raya aidil fitri juga diberikan.

Program ini berjalan dengan lancar dan telah bermula dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah nasyid, pertandingan memasak mee untuk ikhwah dan sukanika untuk kanak-kanak.

14
Sep
09

Majlis Penyampaian Sumbangan sempena bulan Ramadhan dan Sambutan Hari raya Aidil Fitri kepada pesakit-pesakit Hospital Pekan

Majlis penyampaian sumbangan kepada pesakit-pesakit Hospital Pekan telah diadakan pada 13 September 2009 bermula jam 4 petang. Rombongan ISMA Kuantan yang diketuai oleh Timbalan YDP Dr Mohd Nor Sundari telah disambut oleh kakitangan hospital yang diketuai oleh Ketua Jururawat Hatipah Dollah. Bermula dari wad kanak-kanak, rombongan ISMA Kuantan telah seterusnya dibawa ke wad 3A (Wanita) dan wad Bersalin. Sebanyak 50 bungkus sumbangan terdiri dari makanan (kuih raya dan kurma) dan risalah berkaitan Palestin dan ISMA telah diberikan kepada pesakit. Ahli-ahli ISMA juga dapat berramah mesra dengan pesakit, disamping menyelami perasaan pesakit yang terlantar di hospital dan menasihati pesakit-pesakit berkenaan. Ada dikalangan pesakit yang sudah terlantar dihospital hampir 2 tahun.  Aktiviti sebegini juga dapat menimbulkan rasa keinsafan kepada ahli-ahli ISMA.

12
Sep
09

Iftar bersama masyarakat di surau Sungai Isap Damai 3, Kuantan

Ikatan Muslimin Malaysia dengan kerjasama Surau sungai Isap Damai 3 telah mengadakan majlis berbuka puasa yang diberi nama “Iftor ISMA bersama Masyarakat”  pada 12 September 2009. Program ini dihadiri oleh sebilangan masyarakat daripada pelbagai umur termasuk ahli-ahli KRIM   di sekitar Taman Sungai Isap Damai dan Pembina. Program bermula dengan gotong-royong memasak pada pukul 3 petang di mana ahli-ahli surau bertungkus lumus memasak gulai kawah. Berbekalkan pengalaman yang banyak , lauk dapat disiapkan sebelum asar. Terus membaca ‘Iftar bersama masyarakat di surau Sungai Isap Damai 3, Kuantan’

07
Sep
09

“Semangat Badar” – Riadah Ramadhan

Suasana pagi yang hening di sekitar Tasik Tmn Bandar Indera Mahkota dipecahkan oleh bunyi derap kaki ikwah ISMA yang bersungguh menjiwai semangat Badar. Siapa sangka tatkala insan lain seronok diulit mimpi sempena cuti Nuzul Quran, mereka bersemangat melangkah beriadah sambil mengingati perjuangan para sahabat dan Rasullulah sewaktu peperangan Badar. Walau pun usaha yang dijalankan ini amatlah kecil berbanding dengan perjuangan mereka terdahulu, namun inisiatif yang diambil segelintir ahli ISMA ini amat bermakna. Lebih membanggakan seorang akhawat turut bersama dalam riadhah pagi ini. Semuga sambutan lebih meriah dari para ahli dapat diadakan pada tahun mendatang. Siapa tahu, kita mungkin diuji Allah pada masa akan datang dengan pergolakan yang memerlukan bukan sahaja kemantapan rohani tapi jua kekuatan fizikal yang ampuh dibulan Ramadhan . Ayuh segera !

07
Sep
09

Iftar ISMA & PEMBINA

Alhamdulillah, tanggal 5hb. September 2009 ahli-ahli ISMA dan PEMBINA telah dapat bersama-sama bergotong-royong menjayakan IFTAR 2009 di Taman Pertanian Indera Mahkota Kuantan. Seramai kira-kira 200 ahli ISMA & PEMBINA serta ahli keluarga telah berkumpul. Aktiviti bermula seawal 10.30 pagi di mana acara memasak secara gotong-royong dijalankan oleh ikhwah, manakala sajian tambahan seperti sayuran dan kueh mueh disediakan oleh para akhawat. Para hadirin amat terujua menikmati hidangan ayam kurma dan gulai daging yang sugguh enak. Adik-adik dari PEMBINA bertungkus lumus bersama-sama menghidang juadah. Selepas solat maghrib, tazkirah oleh Ustaz Rushdan serta solat Isyak dan terwaih dijalankan, para ahli bersama-sama pula mengemas barang-barang yang telah digunakan. Terus membaca ‘Iftar ISMA & PEMBINA’

01
Sep
09

Ramadhan Kareem

Salam,

Ikhwah akhawat yang ana kasihi sekelian, sekejap rasanya Ramadhan dah berlalu 10 hari, tinggal lagi 20 hari. Apakah kita masih mempunyai tenaga untuk memeriahkan Ramadhan ini atau kita mulai rasa keletihan dalam melayani kerenah Ramadhan ini ?. Harap bersabarlah banyak banyak kerana tetamu ini datang tak lama cuma 30 hari sahaja. Berilah layanan yang terbaik mungkin. Layanan yang terbaik bukan mengajar ganjaran dari Allah sahaja tetapi layanan terbaik itu ialah kerana kita sayang dan kasih Ramadhan kerana ia boleh mendekatkan kita kepada Allah. Terus membaca ‘Ramadhan Kareem’




Kuantan

Februari 2010
I S R K J S A
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

RSS Dari YDP ISMA Kuantan

  • MUKMIN…Di antara Khauf Dan Roja’ 20 Januari 2010
    Hati Mukmin Sentiasa Bergantung Kepada Penciptanya.. Di dalam entri yang lalu saya berbicara tentang sikap optimis Tafa’ul yang perlu ada pada seseorang Mukmin…Iaitu tentang harapan masa depannya dan bagaimana dia mengatur serta merangcang hidupnya berdasarkan sunnah sebab dan musabbab (Qadar) yang telah disediakan Allah untuk kehidupan ini […]
    ustazrushdan

Komen Terbaru

wall-E pada kehadiran peserta
akmalmohammad pada Iftar ISMA & PEMBINA
Prof Dr Azmi Md Nor pada Ramadhan Kareem
Prof Dr Azmi Md Nor pada Ramadhan Kareem
zinnierah rushdan pada FAKTA RINGKAS PUASA DI BULAN…
Mohd Ali bin Abdulla… pada YDP ISMA Kuantan masuk Hospita…
Ust Zaharuddin pada YDP ISMA Kuantan masuk Hospita…

jumlah pengunjung

  • 2,416 hits