Kenyataan bersama ISMA, ABIM & PUM mengenai kenyataan MCCBCHST
Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam, pihak Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) yang disertai oleh 3 NGO Islam iaitu ISMA, ABIM dan PUM rasa terpanggil untuk membuat kenyataan balas.
Pihak MCCBCHST seharusnya menghargai sifat toleransi penganut agama Islam yang tidak masuk campur hal ehwal agama lain.
Pihak MCCBCHST juga perlu memberikan kerjasama seperti mana umat Islam bekerjasama terhadap penganut agama Hindu bagi merayakan Thaipusam, masyarakat Cina merayakan pesta tanglung, penganut Taoisme merayakan pesta hantu lapar dan seumpamanya.
Kami menyarankan agar mereka dapat mencontohi rakan mereka di Singapura, Thailand dan Indonesia yang tidak menimbulkan isu remeh yang memalukan masyarakat di negara ini.
Abdullah Zaik Abd. Rahman (ISMA)
Amidi Abdul Manan (ABIM)
Dr Fauzi Draman (PUM)
Dipetik drpd www.ismaweb.net

