Skip to content
1 September 2009 / ismakuantanperubatan

Ramadhan Kareem


Salam,

Ikhwah akhawat yang ana kasihi sekelian, sekejap rasanya Ramadhan dah berlalu 10 hari, tinggal lagi 20 hari. Apakah kita masih mempunyai tenaga untuk memeriahkan Ramadhan ini atau kita mulai rasa keletihan dalam melayani kerenah Ramadhan ini ?. Harap bersabarlah banyak banyak kerana tetamu ini datang tak lama cuma 30 hari sahaja. Berilah layanan yang terbaik mungkin. Layanan yang terbaik bukan mengajar ganjaran dari Allah sahaja tetapi layanan terbaik itu ialah kerana kita sayang dan kasih Ramadhan kerana ia boleh mendekatkan kita kepada Allah.

Syaidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: ” Seseorang yang beribadah kera ganjaran, itu ibadah pedangang, Yang beribadah kerana takutkan Allah, itulah ibadah hamba dan siapa yang beribadah kerana kasihkan Allah, itulah ibadah orang yang merdeka”.

Marilah kita pada tahun ini cuba mengangkat diri diri kita untuk beribadah kerana cinta dan sayang kepada Allah selain dari mendapat ganjaran dariNya. Gandakan amalan kita kerana ramadhan dapat mendekatkan kita kepada Allah. Insya Allah.

Sumbangan Uz M Ali Abdullah, Pensyarah UIAM kampus Kuantan

2 Comments

Leave a Comment
  1. Prof Dr Azmi Md Nor / Sep 9 2009 12:46 am

    Assalamu’alaikum wr. wb.

    Jazakhumullah khairan kathira atas tazkirah yang diberikan oleh Ustaz Mohd Ali

    Ana nak berkongsi dengan apa yang ditulis oleh Imam Al Ghazali dalam kitab Intisari Ihya ‘Ulumuddin Imam Al-Ghazali tulisan Syaikh Sa’id Hawwa mengenai puasa orang khusus iaitu puasa orang-orang salih di mana mereka menahan badan dari melakukan berbagai dosa. Ada enam perkara ke arah menyempurnakannya:

    1. Menundukkan pandangan dan menahannya dari berkeliaran memandang ke setiap hal yang dicela dan dibenci, ke setiap hal yang yang bisa menyibukkan hati dan malalaikan kita dari mengingati Allah ‘azza wajalla.

    Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
    “Pandangan adalah salah satu anak panah beracun di antara anak panah iblis – semoga Allah melaknatinya. Barangsiapa meninggalkannya kerana takut kepada Allah maka ia telah diberi Allah keimanan yang mendapatkan kelazatannya di dalam hatinya.”
    (Riwayat oleh al-Hakim dan ia mensahihkan sanadnya)

    2. Menjaga lisan dari bualan, dusta, ghibah, gunjingan, kekejian, perkataan kasar, pertengkaran dan perdebatan; mengendalikannya dengan diam; menyibukannya dengan dzikzullah dan tilawah al-Quran. itulah puasa lisan.

    Sufyan berkata: Ghibah dapat merusakkan puasa. Basyar bin al-Harits meriwayatkan darinya. Laits meriwayatkan dari Mujahid: Dua perkara dapat merosakkan puasa: Ghibah dan dusta. Nabi saw bersabda:
    “Sesungguhnya puasa itu adalah perisai; apabila salah seorang di antara kamu sedang berpuasa maka janganlah berkata kotor dan jangan pula bertindak bodoh; dan jika ada seseorang yang menyerangnya atau mencacinya maka hendaklah ia mengatakan sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa.”
    (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

    3. Menahan pendengaran dari mendengarkan setiap hal yang dibenci (makruh)kerana setiap yang diharamkan perkataannya diharamkan pula untuk mendengarnya. Oleh sebab itu allah menyamakan antara orang yang mendengarkan dan orang yang memakan barang yang haram, firman-Nya yang bermaksud:

    “Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram.” (Al-Ma’idah: 42)

    “Mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram.” (Al-Ma’idah: 63)

    Jadi mendiamkam ghibah adalah haram. Firman Allah:
    “Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian) tentulah kamu serupa dengan mereka.” (An-Nisa’:140)

    ….bersambung. ….

    (diambil dari Al-Mustakhlash Fie Tazkiyati Al-Anfus – Sa’id Hawwa)

    Azmi

  2. Prof Dr Azmi Md Nor / Sep 9 2009 12:48 am

    ……………sambungan yang lepas……………

    4. Menahan anggota badan yang lain dari berbagai dosa seperti menahan tangan dan kaki melakukan hal-hal yang dibenci, menahan perut dari berbagai syubahat pada waktu tidak berpuasa.tidak ada ertinya puasa, iaitu menahan makanan yang halah, kemudian berbuka puasa dengan yang haram. Orang yang berpuasa sepeti ini laksana orang yang membangunkan istana tetapi dia menghancurkan negeri kerana makanan yang halal itu hanya merbahaya apabila dimakan terlalu banyak bukan kerana jenisnya, sedangkan tujuan puasa hanya untuk menguranginya. Orang yang berhenti mengambil ubat kerana takut bahayanya, bila dia beralih meminum racun maka iaadalah orang yang bodoh. Barang yang haram adalah racun yang menghancurkan agama, sedangkan barang yang halal adalah ubat yang bermanafaat apabila diambil sedikit tetapi merbahaya bila diambil terlalu banyak Tujuan puasa adalah mengurangi makanan yang halal tersebut.
    Sabda Nabi saw: Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak mendapatkan dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga.” (Diriwayatkan oleh Nasa’I dan Ibnu majah)

    5. Tidak memperbanyakkan makanan yang halal pada saat berbuka puasa sampai penuh perutnya. Kerana tidak ada wadah yang paling dibenci oleh Allah selain perut yang penuh dengan makanan yang halal. Bagaimana puasanya mampu bermanafaat untuk menundukkan musuh Allah dan mengalahkan syahwat jika orang yang berpuasa itu pada saat berbuka melahap berbagai jenis makanan untuk mengggantikan berbagai makanan yang tidak boleh dimakannya di siang hari? Seperti diketahui umum bahawa tujuan puasa ialah pegosongan dan menundukkan hawa nafsu untuk menguatkan jiwa mencapai taqwa. Kepentingan dan rahsia puasa ialah melemahkan melemahkan berbagai sarana syaitan untuk kembali kepada keburukan.

    6. Hendaknya setelah iftar hatinya “tergantung” dan “teruncang” antara cemas dan harap sebab dia tidak tahu apakah puasanya diterima sehingga termasuk ke dalam golongan muqarrabin atau ditolak sehingga termasuk ke dalam golongan orang-orang yang dimurkai? Hendaklah hatinya di dalam keadaan yang sedemikian di akhir setiap ibadah yang baru sahaja dilaksanakan.
    Diriwayatkan daripada Al-Hasan bin Abul Hasan Al-Basri bahawa dia melewati suatu kaum yang sedang tertawa, lalu dia berkata: Sesunggunya Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai arena perlombaan melakukan ketaatan bagi makhlukNya, kemudian ada orang-orang yang berlomba untuk menang dan ada pula orang-orang yang tertinggal lalu kecewa. Tetapi yang sangat mengherankan ialah pemain yang tertawa-tawa di saat orang berpacu-pacu merain kemenagan.

    Dipetik dari Kitab Ai-Mustakhlash Fie Tazkiyati Al-Anfus oleh Sheikh Sa’id Hawwa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: