Skip to content
15 March 2010 / mediaismapahang

ISU MELAYU ISLAM: PERSOALAN-PERSOALAN YANG PERLU DIKETENGAHKAN


Oleh Prof. Dr Badhrulhisham bin Abdul Aziz

Isu Melayu Islam telah lama disebut dan dibahaskan, namun ianya menjadi satu isu yang semakin memuncak sejak pasca pilihanraya ke 12 pada bulan Mac 2008 yang lalu.

Banyak pihak prihatin dengan isu ini termasuk NGO-NGO Melayu. Baru-baru ini, 76 NGO telah bersatu dan menubuhkan Majlis Perundingan Melayu (MPM). Tindakan ini timbul akibat dari rasa ketidakpuasanhati dan ketercabaran orang Melayu setelah perkara-perkara sensitif yang menyentuh status agama Islam, hak-hak istimewa orang Melayu dan lain-lain yang termaktub dalam perlembagaan negara telah disentuh dan cuba dicabul.

Saya yang terlibat dalam institusi pendidikan juga tidak lari dari membincangkan isu Melayu Islam ini yang sentiasa bermain difikiran dan isu ini juga mengusik jiwa saya. Saya ingin mengetengahkan banyak persoalan yang muncul disebalik isu ini dan antaranya adalah :-

  1. Sejauh mana peranan isu Melayu Islam akan mempengaruhi atau dipengaruhi oleh konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri?
  2. Apakah kedudukan orang Melayu Islam akan lebih kukuh atau sebaliknya selepas isu ini reda nanti atau berpanjangan hingga ke PRU ke 13?
  3. Sampai bila perjuangan membela Melayu Islam dianggap satu perkara ‘taboo’ sedangkan suara-suara membela kaum lain semakin lantang? (sebagaimana yang disebut oleh Dato’ Kadir Jasin dalam beberapa artikel dalam blognya, A Scribe Kadir Jasin).
  4. Apakah dengan memperjuangkan bangsa Melayu bercanggah dengan mesej yang dibawa oleh Islam atau sebaliknya (sebagaimana kupasan dan ulasan dalam blog ‘Perjalananku’ Ustaz Abdullah Zaik, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia)
  5. Akan hilangkah kepentingan membela Melayu Islam jika sistem 2 parti menjadi kenyataan dalam senario politik Malaysia di masa akan datang?
  6. Perlukah kita kepada satu alternatif lain (parti baru mingkin) untuk memperjuangkan Melayu Islam sekiranya parti-parti politik Melayu Islam yang ada sekarang gagal dalam menangani isu ini? Atau usaha kea rah perpaduan dan kesatuan mereka menjadi agenda utama?
  7. Berapa banyak atau sejauh mana orang Melau Islam mengambil pengajaran dari apa yang berlaku – ‘lessons learnt’? Adakah sudah terantuk, baru terngadah?
  8. Tidak terfikirkah bagaimana masadepan generasi muda yang akan mengambilalih tampuk kepimpinan negara dan persediaan mereka? Adakah mereka akan semakin layu atau sebaliknya dengan isu ‘survival’ Melayu Islam ini?
  9. Bagaimana Model Ekonomi Baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi memberi kesan kepada keadaan ekonomi orang Melayu, yang sekarang ini berdepan dengan cabaran-cabaran yang hebat dalam sektor ini?
  10. Dan bebagai persoalan lain …

Persoalan-persoalan di atas akan sentiasa berlegar dikalangan kita dalam jangkamasa beberapa tahun akan datang. Cuma bagi saya, yang paling penting untuk kita yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, adalah untuk kita fikirkan bersama perubahan secara menyeluruh untuk mendepani nasib Melayu Islam ; tidak semata-mata menyerah nasib kepada situasi yang berlaku.

Kita mesti bangun dari mimpi lena kita dan belajar dari kegemilangan bangsa Melayu yang bertunjangkan Islam pada satu masa dulu dalam memimpin negara dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kita kena bangunkan satu bangsa yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan berani ketengah memimpin dan mengurus dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, politik dan lain-lain. Golongan professional dan golongan berlatarbelakangkan agama perlu sama-sama berganding bahu merencanakan satu ‘blue print’ projek agenda bangsa yang bukan sahaja akan memastikan ‘survival’ bangsa tetapi menjadi contoh kepada bangsa-bangsa lain sehingga mereka akan menerima Islam sebagai cara hidup mereka sebagaimana generasi gemilang Islam terdahulu.

Ditulis oleh:

photo-badhrul Prof Dr Badhrulhisham bin Abdul Aziz, Pengarah, Pusat Pembangunan Korporat dan PengurusanKkualiti, Universiti Malaysia Pahang. Beliau adalah salah seorang ahli jawatankuasa  ISMA Pahang

7 Comments

Leave a Comment
  1. dr mohamad nor / Mar 15 2010 10:12 pm

    Satu pandangan yang bernas dan yakin. Survival Islam akan bergantung sejauhmana orang Melayu mampu melonjakan diri dalam semua aspek

    • rogy / Apr 1 2010 4:55 am

      askm

      tak de pandangan pun, cuma soalan je hehehe

  2. kizar / Mar 25 2010 10:49 am

    sebagai sebuah jemaah asolah dan unik, saudara lah yang patut kemukan beberapa jawapan yang boleh kita semua kongsikan

    • hambaAllah / Apr 11 2010 9:33 pm

      kemuka soalan dulu, sama2 fikirkannya, insyaAllah nanti akan ada huraian penyelesaiannya. Kita ni, suka dan tunggu disuap je, cuba sekali sekala buka minda sendiri dulu, sebelum baca yang orang punya.

      saya rasa, itu tujuan penulis kot….

  3. al-aslami / Apr 11 2010 6:38 am

    persoalan2 brbentuk jawapan2..(ilmu mantik)
    hanya gerakkan sedikit neuron2 otak ntk memahami jawapan…

    • razik / May 1 2010 12:44 am

      bukan ilmu mantik, ini jadi ilmu PELIK
      apasal susah2 nak kasi persoalaan untuk jawapan, kasi je lah jawapaan? betul tak
      nak soal kasi soalaan
      nak jawapan, tolong la kasi jawapan
      hehehe
      ini lah nama ilmu waras, bukan mantik

  4. Lankas / Sep 12 2011 3:32 pm

    Hidayah datang dalam pelbagai bentuk….Persoalan datang dalam pelbagai bentuk…Jawapan datang dalam pelbagai bentuk…Semuanya ada dalam Al-Quran yang Agung…Tidakkah Allah swt meminta kita memikir tanpa jawapan mutlak dari Al Quran seperti perumpamaan syurga dan Neraka tetapi akhirnya kita tahu jawapanya iaitu kita kena takut dan taat kepada Allah swt..Dalam mendidik/tarbiyyah, ini salah satu dari qaedah mendidik manusia supaya menggunakan satu kurniaan yang lebih berkuasa dari komputer dan sains iaitu OTAK…semoga mendapat hidayah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: