Skip to content
23 March 2010 / akmalmohammad

Mukhayyam NAZIM 2010


Alhamdulillah, pada akhir bulan februari yang sudah, 13 orang banin dan 14 orang banat telah berjaya dikumpulkan dalam program Mukhayyam NAZIM 2010. Mukhayyam kali ini yang telah diadakan di Permatang Badak meliputi program-program yang telah disusun atur oleh para jawatankuasa program, meliputi solat berjemaah, kuliyyah maghrib, tayangan video, ‘night walk’, qiyamullail dan ‘explorace’. Latihan dalam kumpulan juga telah diadakan dan pelbagai aktiviti telah diadakan untuk mencungkil bakat para banin dan banat, disamping meningkatkan keyakinan diri mereka dalam berbagai kemahiran seperti pidato dan bercerita.

Program juga, bersesuaian degan sambutan maulidurrasul pada masa berkenaan, menekankan sirah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W; kuliyyah maghrib yang disampaikan bertajuk ‘Rasulullah Sebagai Seorang Anak dan Sahabat’, tayangan video ‘Muhammad Utusan Terakhir’, permainan ‘explorace’ yang berkaitan dengan sirah serta ucapan akhir program yang menekankan dan mengingatkan para peserta bahawa Rasulullah sebagai ikutan dan contoh teladan yang baik adalah sangat releven dengan para peserta.

Nazim_01 Nazim_07 Nazim_14 Nazim_15

Diharapkan agar program-program sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dengan penyertaan yang lebih menggalakkan dan penambahbaikan aturcara program demi menghasilkan impak yang lebih berkesan kepada para peserta, insyaAllah.

One Comment

Leave a Comment
  1. al-aslami / Mar 26 2010 1:32 am

    bestnya..
    he…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: