Skip to content
8 August 2010 / Dr Mat Salleh Sarif

Karnival Khidmat Masyarakat ‘Bersama Prihatin Masyarakat Felda’


Peserta Lelaki bersama ajk

Program sulung biro i-Medik, Ikatan Muslimin Malaysia  (ISMA) bersama masyarakat felda yang dinamakan ‘Karnival Khidmat Masyarakat’ dengan tema: ‘bersama prihatin masyarakat felda’ telah diadakan di Felda Bukit Kuantan, Kuantan, Pahang pada 30 Julai hingga 1 Ogos yang lalu.

 

Program selama 3 hari 2 malam ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai lebih dari 160 orang peserta dan tetamu yang datang daripada universiti-universiti dalam dan luar negara telah terlibat dan majoriti adalah pelajar perubatan. Royal Perak Medical College dari Ipoh, Perak telah menghantar kumpulan pelajar teramai iaitu seramai 54 peserta termasuk 2 pelajar berbangsa Cina. Ini diikuti dengan pelajar-pelajar dari Universit Islam Antarabangsa, Mesir, Jordan, Korea, Eropah dan lain-lain negara.

Program ini menampakkan kerjasama erat antara ahli ISMA dan kepimpinan penduduk di Felda Bukit Kuantan. Ianya telah terlaksana dengan kerjasama Sekretariat Antarabangsa ISMA (SekTAR), ISMA Pahang, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Masjid Felda Bukit Kuantan, Pahang. Juga mengambil bahagian ialah Bank Darah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Klinik Pendengaran UIAM, Jabatan Optometri UIAM dan Klinik Kesihatan Bukit Goh.

 

 

Majlis Perasmian Program telah dirasmikan oleh Nizam Ramli dari Pejabat En Nordin (dari kanan) pengurus Felda, En Mokhtar Ahmad (Pengerusi JKKK), Dr Mat salleh, ? (pengurus Felda Bukit Sagu), Dr Mohd Nor (Pengarah Karnival), En Nizam Ramli (wakil Pengurus Besar Felda Wilayah Kuantan) dan En Jantan Abu Bakar (Pengerusi Masjid Bukit Kuantan) sewaktu membuat lawatan ke pameran Besar Felda Wilayah Kuantan yang telah mewakili Pengurus Besar yang tidak dapat hadir pada hari berkenaan. Belau amat mengalu-alukan program sebegini dan mengucapkan tahniah kepada semua agensi yang terlibat atas kerjasama yang baik. Program kemasyarakat di Felda perlu diteruskan pada masa hadapan.

 

 Penduduk bergotong-royong melapah daging lembu yang telah disembelihProgram ini meliputi aktiviti seperti anak angkat, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, derma darah, klinik pendengaran, ceramah kesihatan, pertandingan-pertandingan seperti memasak untuk wanita, mewarna untuk kanak-kanak dan Explorace untuk remaja setempat. Sukaneka dan riadhah juga telah diadakan untuk kanak-kanak di Bukit Kuantan dan para belia setempat.

 

 

 

majlis penyerahan anak angkatAntara aktiviti yang memberi impak dalam merapatkan hubungan ahli  ISMA dengan masyarakat adalah program anak angkat. Rata-rata penduduk felda berpuas hati dengan para peserta sehingga ada yang sanggup menerima lebih dari 4 anak angkat. Seramai 138 pelajar telah menjadi anak angkat yang melibatkan 48 keluarga.

 

 

Dr Zainurrashid sewaktu memberikan ceramah 'air mata Palestin'

 

Isu Palestin juga diketengahkan pada malam Ahad selepas solat Maghrib. Slot ini telah dinamakan ‘Air Mata Palestin’. Dr Zainur Rashid Zainuddin dari Aman Palestin telah memberi ceramah menerangkan isu-isu terkini Palestin. Ceramah dan tayangan multimedia yang telah mengambil masa lebih kurang 2 jam.

 

 

Program diakhiri pada hari Ahad, 1 Ogos dengan program gotong-royong dan Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh En Nordin Harun selaku pengurus Felda Bukit Kuantan.

 

GALERI GAMBAR

 Ketibaan disambut dengan paluan kompang belia Felda Bukit Kuantan Ketibaan peserta disambut oleh penduduk felda Upacara perasmian Karnival Khismat Masyarakat
Pemeriksaan kesihatan Ceramah barah rahim oleh Dr Moriza, pakar sakit puan  Pemeriksaan gigi
Explorace - program remaja Sukaneka - program kanak-kanak bolajaring - program beliawanis
 Menderma darah  Tiga doktor ISMA sedang memeriksa pesakit  Kulliyah subuh - Uz Sobri
Pemeriksaan mata Program belia- futsal Pemandangan di Felda Bukit Kuantan
Gotong-royong mengecat masjid  Gambar AJK dan ketua-ketua penduduk Felda Bukit Kuantan  
Peserta perempuan dan AJK Sambutan ketibaan dengan paluan kompang dari belia Felda Bukit Kuantan taklimat i-Medik kepada peserta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: