Skip to content
8 January 2011 / syed74

Laporan Hari Keluarga ISMA 2010


Laporan hari keluarga ISMA 2010
Tarikh:19 Disember 2010(Ahad)

Objektif program:-
• Merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli-ahli ISMA,PEMBINA,KRIM dan NAZIM cawangan Pahang
• Mengeratkan hubungan kekeluargaan dikalangan peserta-peserta
• Mencungkil bakat-bakat terpendam yang boleh diketengahkan untuk kebaikan ummmah
Tentatif program
8.30 pg : Berkumpul
8.45 pg : Sarapan pagi
9.30 pg : Majlis bermula
9.45 pg : Ucapan alu-aluan dari YDP ISMA Pahang,Ustaz Rusydan
10.00 pg : Persembahan peserta-peserta
11.45 pg : Persembahan khas dari PEMBINA & KRIM
12.00 tgh hari : Penyampaian hadiah dan bacaan doa penutup
1.00 tgh hari : Makan tengahari
1.30 tgh hari : Majlis bersurai
Ulasan program
Program dimulai dengan bacaan doa pembukaan oleh saudara Helmi Yob sejurus selepas ketibaan semua peserta yang terlibat.Sebelum sebarang aktiviti dimulakan,para peserta dihidangkan dengan sarapan pagi terlebih dahulu.Sepanjang program berlangsung,Tuan haji Amiruddin telah mempengerusikan aktiviti-aktiviti yang berlangsung.
Bagi mendapat keberkatan sepanjang majlis berlangsung,hadirin diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh peserta cilik masing-masing lelaki dan perempuan.Tujuannya agar semua peserta memperbetulkan niat datang ke majlis ini kerana Allah insyaAllah.

Persembahan dimulai dengan gandingan peserta-peserta cilik dari NAZIM yang menghantar dua pasukan,lelaki dan perempuan.Gelagat mereka menarik perhatian segenap penjuru dewan yang fokus kepada persembahan mereka.

Majlis diteruskan dengan persembahan dari ahli keluarga ISMA yang telah pun mendirikan baitul muslim masing-masing.Setiap keluarga telah diberikan tugasan yang diamanahkan,justeru itu bergantung kepada kreativiti masing-masing bagaimana untuk mengolah cara terbaik untuk menyampaikan tugasan tersebut.Antara tugasan yang diberikan adalah cara menyembelih untuk ibadah korban,lakonan,cara-cara menanam tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Sepanjang majlis berlangsung,sesi cabutan bertuah diadakan menyelangi setiap aktiviti yang berlangsung.Satu keunikan yang dibawa kali ini apabila hadiah tidak disediakan oleh pihak penganjur,sebaliknya dibawa sendiri oleh setiap keluarga dan wakil setiap halaqah.Hadiah ini kemudiannya akan digabungkan dan diberikan untuk sesi cabutan bertuah ini.

Kemudian tiba masa yang ditunggu-tunggu oleh semua pengunjung iaitu persembahan jemputan dari gabungan ikhwah PEMBINA dan KRIM.Tanpa mengecewakan pengunjung,mereka Berjaya membawakan tiga buah lagu nasyid yang disampaikan dengan penuh semangat.

Majlis kemudiannya disudahi dengan penyampaian hadiah untuk setiap pertandinagn yang diadakan dan kemudiannya bacaan doa penutup oleh akhi Abdul Rahman Fozi.Selepas tamat majlis,peserta dijemput untuk menikmati hidangan makan tengahari yang disediakan oleh ahli halaqah Ustaz Norman dan Prof. Azmi.

InsyaAllah gambar akan diupload selewat-lewatnya khamis minggu hadapan,13/1/2010.Minta maaf atas kelewatan post laporan hari keluarga ini atas sedikit kekangan yang dihadapi.

Media PEMBINA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: