Skip to content
10 August 2011 / ismakuantan

ISMA bersama masyarakat Permatang Badak


Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) Cawangan Kuantan dengan kerjasama AJK Masjid Saiyyidina Othman bin Affan ( Bukit Rangin ) telah mengadakan ‘Majlis Iftar Jamaei dan Sumbangan Ramadhan’ pada 6hb Ogos 2011 bersamaan 6 Ramadhan 1432H.

Majlis bermula pada 10.00 pagi dengan acara penyembelihan lembu dan gotong-royong menyiapkan juadah berbuka puasa. Pada sebelah petang, Majlis Sumbangan Ramadhan telah diadakan, dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis Ustaz Norman bin Mohd Noor dan seterusnya ucapan pengerusi masjid Cikgu Azmi bin Othman.

Memotong daging beramai

Dalam ucapannya, beliau menyatakan program seumpama ini boleh menyemarakkan lagi rasa ukhuwah dan persaudaraan sesama Islam dan mengimarahkan masjid pada bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan rahmatnya. Beliau juga mengesa agar para hadirin mengambil peluang sebaik mungkin untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Di akhir ucapannya, beliau mengalu-alukan dan berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh pihak ISMA sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang tidak bernasib baik.

Cikgu Azmi - Pengerusi Masjid memberikan ucapan

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh pengerusi ISMA Cawangan Kuantan Ustaz Rushdan bin Abd Halim. Di awal ucapan, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ajk masjid kerana memberi keizinan kepada ISMA untuk penganjurkan program ini. Seterusnya beliau memperkenalkan ISMA dan persatuan dibawahnya PEMBINA, KRIM dan NAZIM kepada hadirin. Beliau juga menceritakan perkembangan terkini ISMA, diantaranya adalah ISMA telah mebuka keahlian kepada ummat Islam yang jujur di Malaysia. Beliau juga menjelaskan kenapa ISMA menekankan perjuangan melayu muslim di Malaysia. Katanya ini kerana Melayu merupakan bangsa tunggak umat Islam di Malaysia. Melayu mulia dengan Islam dan hina apabila meninggalkan Islam. ISMA berusaha untuk meningkatkan jati diri Melayu Muslim dan mengajak mereka kepada perpaduan sesama Islam menghayati Islam yang syumul (sempurna) di dalam kehidupan. Di akhir ucapannya beliau menyatakan bahawa program seumpama ini merupakan rutin tahunan dan ini sebagai bukti keperihatin ISMA kepada masyarakat setempat.

Ust Rushdan menyampaikan ucapan

Majlis diteruskan dengan sumbangan Ramadhan kepada 70 orang penduduk sekitar permatang Badak dan Bukit Rangin. Bantuan meliputi barang keperluan asas untuk kemudahan mereka sepanjang bulan ramadhan. Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh pengerusi ISMA cawangan Kuantan Ustaz Rushdan.

Antara penerima sumbangan

Seterusnya majlis diteruskan dengan acara berbuka puasa beramai-ramai. Di antara waktu Maghrib dan Isyak pula, para jemaah ditayangkan video memperkenalkan ISMA kepada masyarakat. Majlis diakhiri dengan solat terawih yang diimamkan oleh Ustaz Hamdan bin Ismail dan diselangi dengan tazkirah oleh Ustaz Haris bin Jamin.

Berbuka puasa

Tazkirah oleh Ust Haris

Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Kuantan mengucapkan Selamat Berpuasa dan memperbaiki amalan kita dan berharap agar amalan kita diterima oleh Allah SWT.

One Comment

Leave a Comment
  1. Afiq / Aug 10 2011 6:17 pm

    kemah2. moga jalan terus team media pahang:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: