Skip to content
11 August 2011 / ismakuantan

Kerajaan China larang umat Islam berpuasa


Jika benar seperti yang dilaporkan Utusan Online daripada Reuters beberapa hari lepas, penindasan ke atas umat Islam oleh kaum musyrikin yang berlaku di China adalah lebih teruk di aspek kebebasan daripada tekanan Yahudi ke atas umat Arab di Palestin sehinggakan untuk berpuasa pun tak boleh. Secara langsungnya puasa tidak mendatangkan apa-apa ancaman dan mudharat kepada pihak pemerintah pun. Namun kaum musyrikin jelas takutkan ajaran yang terkandung di dalam Islam itu sendiri dan bukan sahaja kepada umat Islam. Apabila umat Islam kembali menghayati ajaran Islam dan mendapat keredhaan Tuhan mereka, ia sudah cukup merupakan ancaman kepada sesiapa sahaja termasuk Kerajaan China, begitu logiknya.

Dari sini juga umat Islam sepatutnya sedar – dan musuh mereka telah lama sedar akan hakikat ini – bahawa kekuatan umat Islam itu sebenarnya adalah terletak kepada aqidah dan ajaran yang terkandung di dalam Islam itu sendiri. Tidak perlu pimpinan dan umat Islam bergantung kepada Barat dan kuasa-kuasa besar untuk mendapatkan perlindungan dan naungan. Hakikat ini juga dijelaskan oleh Allah swt di dalam Al-Quran. Hakikat ini juga dinasihatkan oleh para Malaikat kepada manusia yang menjadi kekasih-kekasih Allah swt dalam firmanNya bermaksud, ‘Dan orang-orang yang berkata “Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka istiqamah (dengan ajaran dan perjuangan agama Allah), Malaikat turun kepada mereka (seraya berkata) ‘Jangan kamu takut dan jangan pula kamu bersedih hati. Bergembiralah dengan Syurga yang dijanjikan untuk kamu’. Kami adalah wali-wali Allah dan kekasih-kekasihNya … “ (Al-Quran).

Muslimat bangsa Uighur di China.

Seorang pensyarah yang pernah melawat umat Islam di China menceritakan kepada saya bahawa di sana hanya dibenarkan seorang anak sahaja bagi sepasang suami isteri. Demi survival Islam, ramai keluarga Islam yang menghantar anak kecil mereka semuda 4-5 tahun ke sekolah tahfiz Al-Quran sejauh ribuan kilometer dari kampung halamannya, hanya untuk mempertahankan akidah Islam generasi-generasi akan datang.

Akidah di dalam jiwa yang masih dan akan terus teguh.

Semoga umat Islam di China terus bangkit menjadi umat contoh kepada umat-umat Islam yang lain di dunia. “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, (namun) Allah enggan sebaliknya Dia akan menyempurnakan cahayaNya walau orang-orang kafir marah” (Al-Quran).

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Ketua Biro Dakwah,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Ini Jalanku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: