Skip to content
1 September 2011 / ismakuantan

Perutusan Eidil Fitri


Segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam pada junjungan besar nabi Muhammad SAW.
Setelah sebulan kita dianugerahkan Allah melaksanakan ibadat puasa, hari ini kita diwajibkan berbuka sebagai merayakan suatu kemenangan dengan laungan takbir Allahu Akbar,Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahil hamd. Kemenangan melawan nafsu dan menguruskannya mengikut kehendak Pencipta.
Sebagai Muslim banyak yang kita perolehi daripada latihan madrasah Ramadhan ini. Terutamanya ibadat puasa yang mana kita diwajibkan menahan diri daripada memenuhi runtunan nafsu perut dan juga nafsu sek (yang pada bulan-bulan lain ianya diharuskan) daripada terbit fajar hingga terbenam matahari. Ianya memberi gambaran bahawa nafsu manusia mesti dikawal dan diurus dan pada hakikatnya ia boleh diurus dan sesiapa yang boleh menguruskan nafsunya mengikut perintah Allah bukan mengikut kehendak dirinya sendiri atau manusia lain mereka itulah yang digolongkan dikalangan orang-orang yang bertaqwa. Mereka inilah sebenarnya yang layak memikul tugas khilafah yang akan memakmurkan muka bumi dengan apa yang diredhai Allah.
Kita juga dibulan Ramadhan digesa untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan upacara ibadat khusus Solat Tarawikh, Tilawah dan Tadarrus serta Qiyamullail dan juga beriktikaf 10 malam terakhir. Kesemua itu adalah untuk menguatkan hubungan kita dengan Allah SWT.
Kita juga bukan sahaja digesa untuk menguatkan hubungan dengan Allah sebagai Pencipta tetapi kita juga melalui ibadat di bulan ramadhan digesa untuk merapatkan hubungan sesama manusia melalui solat berjamaah Tarawih dan amalan bersedekah. Malahan Zakat Fitrah itu tidak diwajibkan perlaksanaannya melainkan pada sepanjang bulan Ramadhan dan hari pertama bulan syawal. Begitu juga mereka yang diterima puasanya adalah orang yang menahan dirinya daripada menyakiti saudara muslim yang lain melalui kata-kata dusta dan umpatan.

Rasulullah pernah bersabda:
Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta maka Allah tidak berhajat sedikitpun (tidak menilai) untuk dia meninggalkan daripada makan dan minum..”

Semoga puasa tahun ini mengubah hidup kita daripada buruk kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang lebih baik dalam kita memelihara dan menguatkan kedua-dua hubungan ini iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan sesama manusia. Dengan itu hidup kita akan lebih bermakna sebagai hamba Allah dan serentak dengan itu melayakkan diri kita menjadi Khalifah untuk memakmurkan muka bumi dengan apa yang diredhai Allah.
Sempena hari yang mulia ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI khususnya kepada ahli ISMA cawangan Kuantan dan juga ahli ISMA seluruhnya sama ada di dalam dan juga di luar negara serta seluruh muslimin dan muslimat yang membaca perutusan ini dengan ucapan

“ TAQABALULLAHU MINKUM.. WA KULLU AAM WA ANTUM BIKHAIR”

Ustaz Rushdan Abd. Halim

Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Kuantan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: