Skip to content
31 October 2011 / ismakuantan

Apa yang mereka nak?


Setelah seminggu berlalu, HIMPUN masih menarik perhatian orang ramai. Pelbagai komen dan analisa yang dibuat terhadap HIMPUN oleh pelbagai pihak. Ada yang memuji dan ada yang mengkritik. Ini membuktikan bahawa HIMPUN memang memberi kesan kepada rakyat dan menarik ramai pihak. Apapun tohmahan yang diberikan namun tidak ada sesiapa yang dapat menyangkal bahawa mesej yang ingin disampaikan oleh HIMPUN jelas sudah menusuk ke pemikiran dan dada umat. Di mana saja saya pergi orang akan bertanya tentang HIMPUN.

 

Saya sempat membaca beberapa komen negatif yang ditulis oleh beberapa peribadi yang cuba menganalisa HIMPUN dari perspektif masing-masing. Tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, tanpa menghadirkan diri dalam HIMPUN, tanpa membuat kajian terhadap deklarasi HIMPUN, tanpa bertanya khabar kepada NGO2 yang terlibat didalam HIMPUN, mereka membuat pelbagai konklusi. Antaranya yang utama :-

1. HIMPUN adalah alat politik UMNO

2. Ada NGO (ISMA) yang cuba dapat publisiti murahan

3. HIMPUN gagal menarik sokongan rakyat dengan kehadiran yang sedikit

Apabila saya kaji latar belakang pengkritik-pengkritik ini, saya boleh golongkan mereka kepada dua kategori :-

1. Mempunyai fahaman islam liberal

2. Mereka mempunyai political alignment yang sangat rapat dengan parti politik

Jadi tidak hairanlah komen-komen yang diberikan sangat “bias” dan menampakkan tidak rasional. Semua hujah yang diberikan hanyalah khayalan dan tekaan semata tanpa ada hujah yang konkrit. Yang paling pelik mereka tidak sedar dalam penceramah itu ada tiga tokoh PAS  yang bercakap dan Ketua Pemuda PAS juga telah menyampaikan salam dan menyokong HIMPUN. Adakah ini dikatakan perhimpunan politik UMNO?

Begitu juga dengan bilangan kehadiran. Tak habis2 media alternatif melaporkan bahawa bilangan kehadiran hanay 5,000 sedangkan pihak stadium dan RELA yang membuat “headcount” menyatakan jumlah yang hadir adalah sekitar 25,000 orang. Sekali lagi dakwaan mereka meleset.

Mereka menuduh ISMA mencari publisiti murahan dan tidak mendapat dokongan dari NGO islam yang lain. Walhal semua NGO islam yang utama memberikan sokongan dengan menghantar surat kepada Sekretariat HIMPUN. Cuma mereka, saya jangka, tidak mahu tampil kehadapan dengan ketara kerana takut menimbulkan kemarahan dari parti yang mereka “align”. Maka sebab itu ISMA dilihat satu2nya NGO islam yang kehadapan bersama TERAS. Ada yang mendakwa ISMA tidak terlibat dengan kes Lina Joy yang murtad itu sedangkan ISMA terlibat aktif semasa kes itu dibicarakan. Sekali lagi mereka membuat tuduhan palsu dan membabi buta.

Ada juga tulisan yang mengatakan saya lantang menentang PAS. Persoalannya, jika PAS menghalang tindakan mencegah arak oleh Hasan Ali, jika PAS menyokong Hak Asasi Manusia yang menyamakan gender, jika PAS menyokong penyebaran agama kristian sebagai kebebasan beragama, jika PAS membenarkan kalimah Allah yang jelas mengelirukan umat islam digunakan, jika PAS menganggap perhimpunan mempertahankan aqidah sebagai mainan politik, tidak bolehkah saya menegur? Adakah dengan teguran itu dikatakan saya menentang PAS? Sudah pasti ini satu hujah yang sangat dengkil. Saya tahu ramai pimpinan PAS dari golongan ulamak yang tidak bersetuju dengan pendekatan PAS sekarang tetapi mereka tidak boleh berbuat apa2 kerana kuasa tampuk pimpinan berada pada golongan non-ulamak yang banyak terpengaruh dengan islam liberal.

Mereka juga mendakwa NGO2 yang terlibat dgn HIMPUN hanya pandai retorik tanpa terlibat secara langsung dgn kes2 murtad tanpa mereka ketahui ada beberapa NGO yang ada dalam HIMPUN terpaksa besabung nyawa saban hari bagi menyelamatkan umat islam dari murtad.

Mereka kata HIMPUN gagal mendapat sokongan uamt islam tetapi yang jelas kerajaan sudah membuat kenyataan akan melihat deklarasi HIMPUN yang menuntut Akta Murtad diadakan. Kalau selama ini tidak ada akta yang melindungi murtad tetapi kini insyaallah perkara itu akan menjadi kenyataan. HIMPUN juga mula diperkatakan oleh umat islam. Isu murtad mula mendapat publisiti yang meluas dan ini membimbangkan pihak musuh islam. Tidakkah ini tanda positif? Setahu saya yang tak beri sokongan hanyalah golongan islam liberal dan islam oportunis yang meihat kuasa adalah segala2nya.

Mereka juga mewar-warkan bahawa perhimpunan ini hanya akan menyebabkan huru-hara. Tetapi jelas tidak ada satupun insiden yang berlaku pada hari kejadian yang boleh menimbulkan permusuhan kaum. Kalau ada, maka itu hanyalah permainan media yang sengaja cuba untuk memecah belahkan umat islam.

Akhirnya, dengan segala tohmahan dan analisa yang salah dan tak berasas itu, saya berfikir sendiri, apa sebenarnya pengkritik ini hendak capai?

Dipetik daripada blog Timbalan Presiden ISMA

Encik Aminuddin Yahya

http://suaradarigunung.wordpress.com/2011/10/30/apa-yang-mereka-nak/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: