Skip to content
1 November 2011 / ismakuantan

Kenyataan Media ISMA Pahang Mengenai Isu Konsert Elton John


ISMA PAHANG menuntut Kerajaan Negeri Pahang supaya memberikan perhatian yang serius terhadap bantahan orang ramai (tanpa mengira parti atau pertubuhan) terhadap konsert artis antarabangsa Elton John yang dijadualkan berlangsung pada 22 November ini bertempat di Genting Highlands. Ini kerana ianya akan memberi kesan kepada sosio budaya masyarakat setempat terutama remaja melayu muslim.

Seseorang yang telah menjadi ikon kepada golongan gay atau homoseksual yang sememangnya bertentangan dengan Islam dan nilai murni masyarakat bertamadun tidak harus dibenarkan untuk membuat pertunjukkan konsert di negara ini kerana ianya akan menjadi ikutan atau idola kepada remaja yang kini dilaporkan menghadapi krisis kecelaruan identiti yang membimbangkan.

Gesaan tersebut dibuat kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana konsert tersebut akan diadakan di Genting Highlands yang berada dalam negeri Pahang yang sudah pasti pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa wewenang untuk menghalanginya daripada berlaku.

Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya bimbang kepada kebebasan bukan Muslim kerana majoriti bukan Muslim yang  berpegang kepada agama dan nilai murni manusia bertamadun juga tidak akan suka muda mudi mereka terpengaruh dengan cara hidup gay dan mereka hidup dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama negara (perkara 3 Perlembagaan Persekutuan).

Kebebasan beragama kepada yang bukan Islam dalam perlembagaan adalah berkaitan dengan upacara atau amalan agama bukan Islam tetapi bukan cara hidup songsang yang mengenepikan semua nilai agama.

ISMA Pahang menuntut supaya konsert tersebut dinilai semula dan diambil tindakan sewajarnya kerana ia telah berulang sebanyak dua kali yang mana kali pertama diadakan oleh artis antarabangsa Adam Lambert pada tahun lepas. Konsert yang dirancang daripada kumpulan artis gay ini menunjukkan seolah-olah ada pihak tertentu ingin membuat promosi gaya hidup songsang (gay) mereka ke negara Malaysia .

Rujukan:

Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) Pahang

Ustaz Rushdan Abdul Halim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: