Skip to content
2 November 2011 / ismakuantan

Kecelaruan identiti: Bukti dakwaan ISMA benar


Pada minggu lepas masyarakat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Abdullah Zaik Abd. Rahman tentang 6 juta belia Malaysia yang mengalami krisis identiti. Dakwaan ini telah mendapat liputan yang meluas daripada akhbar arus perdana termasuklah juga perbagai saluran radio dan televisyen yang mengupas isu ini dengan menjemput berbagai-bagai tokoh belia menjawab dan mengupas isu kecelaruan identiti ini.

Festival Seksualiti Merdeka 2011 (Queer without fear) yang sedang berlangsung pada hari ini sehinggalah 13 Okt 2011 merupakan bukti terbaru kecelaruan identiti dalam kalangan belia semakin meruncing dan berada pada tahap yang membimbangkan umat Islam.

Ini menunjukkan wujud usaha yang secara sengaja dan terancang sedang bergerak secara rancak mempromosi idea liberalisasi dan normalisasi dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti kesamaan gender, gay, lesbian dan homoseksual secara terang-terangan di Malaysia. Kumpulan ini bergerak secara berani dan terang-terangan melalui slogan human right (hak asasi manusia).

ISMA berharap pihak berkuasa mengambil cakna kepada bahaya yang sedang menanti semua lapisan masyarakat. Jangan kita tunggu laknat Allah Taala turun kepada seluruh penduduk Malaysia barulah kita membuka mata dan sedia untuk mengkaji semula lesen yang diberikan.

ISMA juga menyeru kepada masyarakat Malaysia yang berbilang-bilang agama dan etnik untuk beramai-ramai menolak budaya songsang yang dibawa oleh golongan ini. Budaya songsang ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama termasuklah ajaran Kristian, Hindu, Buddha. Islam sebagai agama yang mempunyai paling ramai penganutnya di Malaysia menolak sekeras-kerasnya budaya songsang yang tidak bertamaddun ini.

Kegilaan kepada budaya gay, lesbian, pengkid dan kebebasan seks ini bukan sahaja ancaman kepada anak-anak dan generasi akan datang tetapi bahaya yang telah melanggar jati diri negara yang tertegak di atas nilai-nilai agama dan moral yang tinggi. Sekiranya budaya ini tidak dibanteras sekarang, tidak mustahil suatu masa nanti rakyat Malaysia berkemungkinan mempunyai Perdana Menteri daripada golongan gay atau Perdana Menteri yang merupakan anak bukan sah taraf. Apakah itu yang kita MAHU???

Norsaleha Mohd. Salleh
Ketua Wanita dan Keluarga
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

 

Dipetik daripada web ISMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: