Skip to content
3 November 2011 / ismakuantan

Ibadah Haji Dan Korban Syiar Agama Islam (Bhg.1)


Musim haji 1432H tiba lagi. Berduyun-duyun umat  Islam dari segenap pelusuk dunia menyahut seruan rukun Islam yang kelima ini. Ini menggambarkan kesatuan umat Islam sedunia. Datang ke Baitullah dengan satu niat dan satu hadaf, iaitu untuk mendapat keampunan dan keredaan Allah s.w.t. Mudah-mudahan pengorbanan semua jemaah haji musim ini, yang dengan redha telah bersusah payah sejak berbulan-bulan yang lalu mendapat ganjaran keampunan dari Allah.

Susah payah dan pengorbanan para jemaah haji dapat digambarkan dengan kesanggupan mereka menghadiri kursus-kursus dan seminar haji berkali-kali dengan mengenepikan kepentingan-kepentingan lain, semata-mata untuk memperhalusi selok belok mengerjakan ibadah haji sesempurna mungkin, berhabis wang ringgit dan harta benda yang bukan sedikit jumlahnya, meninggalkan orang-orang yang tersayang, anak-anak kecil yang masih memerlukan belaian ibubapa. Tak kurang juga pengorbanan warga emas yang telah lanjut usia dan semakin uzur dan lemah. Namun, semuanya datang menyahut seruan Allah dalam keadaan semua tahu bahawa mereka bukan pergi melancong tetapi bakal berhadapan dengan berbagai-bagai kesukaran sewaktu di tanah suci.

Dari rumah ke komplek haji seterusnya ke lapangan terbang, dalam pesawat penerbangan, berurusan dengan pihak imegresen, semuanya adalah lambang-lambang kesukaran yang perlu ditempuhi oleh bakal-bakal haji. Kesukaran demi kesukaran, demi kesukaran terpaksa ditempuhi. Kesukaran akibat cuaca yang berbeza, kesukaran interaksi dan komunikasi dengan bangsa dan budaya yang berbeza, kesukaran disebabkan berasak-asak di tengah-tengah jutaan manusia pelbagai saiz, berlainan rupa dan cara hidup. Untuk menghadapi semua itu kita diajar bersabar. Sabar adalah kekuatan mukmin.

Tabung Haji merupakan model pengurusan haji yang terbaik dan diiktiraf di dunia.

Ibadah haji adalah satu pengorbanan yang besar. Ibadah korban juga satu lambang pengorbanan seorang hamba kepada Penciptanya. Kedua-duanya syiar agama Islam. Orang yang membesarkan syiar Islam menunjukkan hatinya dipenuhi dengan takwa.

Firman Allah s w t;

Maksudnya ; “ demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang membesarkan syiar-syiar agama Allah maka sesungguhnya ia adalah dari ketakwaan hati”.

(surah al Hajj :32)

 

Umat ISLAM perlu sepakat dalam isu-isu penting

Marilah sama-sama kita hidupkan aidil adha kali ini dengan mempertingkatkan pengorbanan kita dalam usaha mempertingkatkan diri menjadi seorang mukmin sejati. Marilah kita pertingkatkan kefahaman Islam yang sejati dan syumul. Marilah kita mempertingkatkan perpaduan dan kerjasama dalam mempertahankan akidah Islam. Marilah kita eratkan kesepakatan dalam melaksanakan agenda ummah ke arah menjadi umat Islam yang memimpin umat lain. Marilah kita lupakan pesengketaan yang tidak memberi manfaat kepada Islam. Marilah kita korbankan keegoan kita kerana sikap ego itu adalah nafsu. Marilah kita perkuatkan pengisian dakwah Islam kepada masyarakat Islam di tanah air kita.

(Bersambung..)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: