Skip to content
4 November 2011 / ismakuantan

Ibadah Haji Dan Korban Syiar Agama Islam (Bhgn 2)


Masyarakat Melayu hari ini amat perlukan agenda yang jelas untuk bangkit sebagai bangsa yang bermaruah. Maruah bangsa Melayu bergantung kepada kekuatan akidah, akhlak dan penghayatan Islam pada diri mereka. Tanpa tunjang agama, masyarakat Melayu adalah kolot dan jumud. Mengambil cara hidup yang bertunjangkan kebaratan, langsung tidak membantu mengangkat martabat orang Melayu. Terlalu membuka pemikiran kepada fahaman liberal mutlak akan menghancurkan keperibadian Islam orang Melayu. Oleh itu, sempena mengambil semangat korban pada aidil adha kali ini, marilah kita berkorban sesuatu untuk “memartabatkan kalimatullah fil ardh”.

Marilah kita korbankan wang ringgit kita untuk dakwah Islam. Marilah kita korbankan masa dan tenaga kita untuk Islam. Marilah kita korbankan kesenangan dan masa rehat kita untuk Islam. Marilah kita korbankan apa yang kita ada untuk kepentingan Islam. Marilah kita fikirkan apa yang mendatangkan kebaikan kepada Islam dan apakah pula tindakan yang boleh merugikan Islam. Secara jujur. Ikhlas. Adil. Tanpa terkurung dengan kotak-kotak yang telah mengacuankan bentuk pemikiran tertentu sebelum ini. Marilah kita berpakat, membawa dakwah Islam kepada segenap lapisan masyarakat.

“Tujuh kelompok yg akan mendapatkan naungan dari Allah pd hari yg tdk ada naungan kecuali naungan-Nya diantaranya yaitu: “Seseorang yg menyedekahkan hartanya dgn sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tdk mengetahui apa yg diinfakkan oleh tangan kanannya.” (Muttafaq ‘alaih)

Jangan dirisau orang tak suka. Jangan dirisau orang yang enggan membuka minda untuk berfikir apa yang kita perkata dan perjuangkan. Jangan ditakuti cacian orang yang suka mencaci maki. Yang penting kita memperjuangkan Islam yang syumul. Jelas. Sebenar. Tepat.  Bersumberkan al quran dan sunah rasulnya secara ilmiah, menggunakan kaedah pemahaman nas yang tepat dan beradab. Ingatlah, Allah akan memilih orang lain membawa dakwah Islam yang benar ini kalau kita sendiri enggan melakukankannya.

Firman Allah ;

Maksudnya; “Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya”.

(al Maidah;54)

(bersambung..)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: