Skip to content
5 November 2011 / ismakuantan

KRIM anjur Seminar Halatuju Pasca SPM


29 Oktober – Kelab Remaja ISMA (KRIM) dengan kerjasama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kuantan telah mengadakan Seminar Halatuju Pasca SPM di SBPI Kuantan.

Antara objektif umum seminar tersebut ialah bertujuan memberi garis paduan kepada para pelajar tentang persediaan yang perlu diambil selepas tamat pengajian di sekolah, memdedahkan kepada para pelajar tentang peluang kerjaya dalam bidang profesional di samping memperkenalkan dan mempromosikan Kelab Remaja ISMA (KRIM) kepada para pelajar.

Kira-kira 80 orang pelajar telah menyertai seminar ini. Seminar ini bermula tepat jam 8.30 dengan pendaftaran dan seterusnya pengerusi majlis mengambil tempat untuk memberikan kata-kata aluan.  Pada jam 9.45 pagi Ustaz Muhammad Sabri b Muda, Pengurus Aman Palestin Cawangan Pahang menyampaikan motivasi pagi yang bertajuk ‘Tinggikah Cita-citaku?’. Dalam ucapanya, beliau menyatakan matlamat dan tujuan hidup seorang muslim dalam mengejar cita- cita masing-masing. Majlis diteruskan dengan pengenalan KRIM oleh saudara Nurul Azmir b Nadzar. Dalam slot ini, saudara Azmir memperkenalkan fungsi dan tujuan Kelab Remaja ISMA(KRIM) dan aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh para pelajar melalui KRIM.

Majlis bersambung pada jam 10.30 dengan slot forum bicara kerjaya yang disampaikan oleh Dr. Nazhan Afeef b Md Arif, Pegawai Perubatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan manakala Mohd Farhan Abd Latep sebagai wakil dalam bidang kejuruteraan. Forum ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman-pengalaman tetamu jemputan mengenai bidang kerjaya mereka. Seminar ini diteruskan dengan tayangan video yang berkisarkan tentang tips-tips semasa temuduga.

Seterusnya seminar diteruskan dengan slot ‘After SPM. Whats Next’ oleh  saudari Masdiana. Slot ini berkisarkan tentang peluang-peluang dan laluan-lauan  untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi.

Pada jam 2.00 petang majlis diteruskan dengan slot ‘After SPM. Whats Next’ bahagian kedua yang lebih memfokuskan kepada peluang penajaan sama ada pinjaman ataupun biasiswa yang tersedia untuk para pelajar di IPT disampaikan oleh  Mohd Roslani b Hashim, Bekas Pelajar tajaan JPA, UNIMAS. Seminar Pasca SPM diteruskan lagi dengan penyampaian slot yang bertajuk ‘Bicara Temuduga’ oleh Prof. Dr. Badhrulhisham b Abd Aziz, Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik & Antarabangsa Universiti Malaysia Pahang (UMP). Beliau telah memberikan tips-tips yang amat berkesan untuk para pelajar menjawab soalan-soalan temuduga.

Seterusnya adalah slot kemuncak seminar ini, iaitu sesi  temudaga praktikal oleh fasilatator dan para pelajar. Sesi ini bertujuan untuk melihat bagaimana para pelajar mengaplikasikan teknik-teknik dan tips-tips yang telah diberikan semasa seminar ini berlangsung.  Dalam sesi ini, pelajar diberikan beberapa soalan asas dan soalan yang khusus berdasarkan bidang yang mereka minati..Seminar diteruskan dengan penyampaian ucapan oleh wakil guru SBPI Kuantan, Cikgu Fauzi bin Ali dan juga penyampaian cenderahati kepada para fasilitator serta majlis penutup program Seminar Halatuju Pasca SPM di SBPI Kuantan. Cikgu Fauzi, wakil SBPI Kuantan amat berpuas hati dengan seminar ini kerana banyak memberi info-info yang amat berguna kepada para pelajar untuk mereka menghadapi situasi selepas SPM.

Buat akhirnya, KRIM mengharapkan agar penganjuran program ini boleh meningkatkan minat dan prestasi pelajar dalm pelajaran dan pembinaan sahsiah Islam serta membantu remaja memilih bidang kerjaya yang paling sesuai dengan minat dan kebolehan mereka.

Sedikit sedutan gambar pada hari tersebut…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: