Skip to content
8 November 2011 / ismakuantan

Ibadah Haji Dan Korban Syiar Agama Islam (bhgn akhir)


Apa Korban Yang Boleh Kita lakukan ?

Selain kita melakukan ibadah korban binatang. Kita amat dituntut untuk mengorbankan kepentingan peribadi, harta dan jiwa raga demi Islam. Lihat sahaja pengorbanan nabi kita, nabi Muhammad s a w.  Selain baginda mengorbankan 100 ekor unta untuk fakir miskin dan umatnya, baginda tidak putus-putus berdakwah agar umatnya selamat hidup di dunia dan akhirat.

Abu Bakar asSiddiq membawa seluruh hartanya untuk kegunaan dalam Perang Tabuk.  Rasulullah bertanya kepadanya, ‘Berapa engkau tinggalkan untuk keluargamu?’Jawabnya, ‘Aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya.’

Uthman bin Affan R a telah menyerahkan kepada Jaisul ‘Usrah dalam Perang Tabuk sejumlah 940 ekor unta ditambah dengan 60 ekor kuda untuk membulatkan jumlah menjadi seribu ekor. Beliau juga telah membeli sebuah perigi dari peniaga Yahudi Madinah dengan harga 24,000 dirham dan diinfaqkan untuk kegunaan kaum muhajirin selepas peristiwa kesukaran untuk mendapatkan air di waktu permulaan hijrah.

Abdullah bin Zubair mengirim wang sebanyak 180,000 dirham kepada Aisyah RA., sedangkan ketika itu ia tengah berpuasa. Wang itu dibagi-bagikan hingga petang dan tidak tersisa. Ketika sudah petang, Aisyah berkata kepada hambanya, “Sediakan untuk berbuka puasa.” Disediakanlah roti dan minyak zaitun oleh hambanya.

Diriwayatkan bahawa Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah s.a.w. Lalu Abu Ayyub menjawab:

Maksudnya:
“Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1425.

Hadis ini mengisyaratkan kepada kita bahawa semangat korban zaman rasulullah amat dipandang berat. Walau pun dengan hanya seekor kambing untuk dirinya dan ahli keluarga, dan muslimin lain, namun tidak pernah ditinggalkan.

Dalam al quran Allah menggesa kita berkorban sebagai tanda syukur di atas nikmat yang dikurniakan. Sesungguhnya nikmat Allah kepada kita tidak terhingga. Apalah salahnya kita gunakan nikmat Allah itu untuk manfaat bersama. Kita mendapat pahala. Orang lain mendapat daging korban. Firman Allah s w t ;

Maksudnya “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan Yang banyak (di dunia dan di Akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).Sesungguhnya orang Yang bencikan engkau, Dia lah Yang terputus (dari mendapat sebarang perkara Yang diingininya”.                                                                                                       (al Kauthar ; 1-3)

Para sahabat rasulullah yang lain, iaitu mereka yang tidak mempunyai harta benda yang banyak telah mewaqafkan diri mereka untuk menjadi tentera-tentera Allah. Semangat pengorbanan mereka teramat tinggi. Sebab itu mereka dimuliakan. Mereka melatakkan kepentingan agama Allah melebihi kepentingan diri mereka sendiri, dalam apa situasi sekali pun. Mereka orang-orang yang diredai Allah (radiallau anhum ajmaein). Mereka sudah mendapat redha Allah lantaran pengorbanan mereka. Bagaimana dengan kita ?.  Apakah pengorbanan kita ?. Adakah Allah akan redha kepada kita dengan apa yang kita lakukan hari ini ?. Redha Allah mesti dicari.

Norman Mohd Nor.

Biro Tarbiyah Isma Kuantan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: