Skip to content
17 July 2012 / ismakuantan

Anak Cemerlang Perlu Bimbingan Ibu Bapa


KUANTAN, 14 JULAI – Di dalam Islam ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mengikut acuan Islam. Sabda rasulullah yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,” (Riwayat Muslim). Atas dasar inilah, Biro Wanita dan Keluarga ISMA Kuantan mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Ibubapa Soleh Anak Cemerlang (ISAC 1) yang bertemakan ‘ Kenalilah Remajamu’. Seminar ini diadakan di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 Kuantan dan berjaya menarik minat 120 peserta dari kalangan ibubapa dan bakal ibubapa.

Pengarah seminar ISAC 1, Puan Nor Ashiqin bt Ab. Hamid berkata, tanggungjawab mendidik dan membentuk golongan remaja sebagai pelapis masa depan negara tidak boleh dipandang ringan oleh kita semua. Setiap lapisan masyarakat mestilah sama-sama mengembeleng tenaga untuk menyelamatkan anak-anak remaja kita sebelum mereka tenggelam diheret arus peredaran zaman yang sangat deras ini.

Seminar ini telah membawa beberapa segmen menarik untuk panduan bersama peserta seperti Pengaruh Makanan Dalam Pembentukan Syaksiyyah Remaja yang disampaikan oleh Ustaz Aris Jamin (Qadhi Daerah Raub), Psikologi Remaja dan Pembentukan Jatidiri oleh Ustazah Rasidah Adam (Penolong Mufti bahagian Fatwa Negeri Sembilan) dan forum Stress Remaja yang menampilkan Dr Azizi Ayob (Perunding Farmaseutikal, Sykt PT DEXA Medica Jakarta) berganding dengan Ustazah Norlida Kamaruddin (Pendakwah Bebas Negeri Sembilan).

Suasana seminar lebih gamat dengan sesi soal jawab antara peserta dan panelis yang berkongsi masalah dan kegusaran dalam membimbing anak-anak supaya mereka menjadi anak soleh yang cemerlang. Penceramah dan ahli panel pula mengambil peluang ini untuk berkongsi pengalaman sebenar dan pendekatan yang digunakan dalam mendidik anak-anak.
Berdasarkan respon peserta, pihak penganjur melihat seminar ini berjaya memberi impak positif kepada peserta untuk memperbaiki kemahiran kekeluargaan dalam membentuk anak cemerlang dan peserta mengharapkan program-program susulan dapat diadakan kelak.

Sedikit gambaran sempena hari tersebut..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: